Wednesday 5 August 2015

Menabung untuk percutian..


Semua orang mempunyai percutian idaman. Tetapi masalah yang sering wujud pastinya kerana kekurangan sumber kewangan. Sebenarnya, mudah sahaja untuk menyimpan duit jika anda tahu caranya.
Lagipun nak melancong ini bukanlah perlu sehingga anda kaya.Cukuplah anda bijak dalam perancangan dan mempunyai kewangan.Jadi bagaimana cara untuk menyimpan duit? 
Cara Simpan Duit
Untuk mencapai destinasi percutian, anda perlukan perancangan. Jika tidak tahu dimana destinasi anda, bagaimana pula anda mahu menentukan bajetnya? Untuk mencapai destinasi yang anda ingin pergi, anda perlu mempunyai  perancangan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh.

Destinasi yang ingin ditujui mempunyai kos tersendiri yang perlu kita laburkan. Jadi untuk mengelakan kita menggunakan duit dari sumber yang tidak sepatutnya maka kita perlu asing atau tabungkan wang pelaburan tersebut ke satu tabung khas.
  • Disiplinkan diri anda
Pastikan diri anda berdisiplin dalam penyimpan wang (ini yang susah ni kan..hehe) . Apalah makna sebuah tabung sekiranya kita tidak mampu konsisten dalam menabung jadi komitmen dalam menabung teramatlah penting bagi mencapai objektif percutian kita tadi. Lebih tinggi kos tempat yang ingin kita tujui maka lebih tinggi wang yang patut kita tabungkan.
  • Wang Tambahan
Cara lain untuk menabung adalah anda boleh cuba melakukan aktiviti tambahan secara part time. Apa yang penting, anda perlu bijak memilih aktiviti tambahan duit supaya ia tidak menjadi beban. Bukan semua perkara kita suka lakukan dan sudah pasti kita melakukan ini hanya sementara saja.

Tuesday 18 June 2013

im new :)

buat masa sekarang.. xtau nk tulis apa lg.. will continue.. o.0
muaahahaha....